Belanjawan 2025: Strategi kerajaan tingkatkan pendapatan pekerja - Kesuma

Iklan
Steven Sim

SHAH ALAM - Strategi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan pekerja termasuk melaksanakan Dasar Gaji Progresif (DGP) sebagai langkah baharu untuk mereformasi pasaran buruh.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, ia bertujuan meningkatkan gaji pekerja seiring dengan peningkatan produktiviti dan pengalaman.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai latihan pemerkasaan peningkatan kemahiran (upskilling) untuk pekerja akan giat dilaksanakan oleh Sumber Manusia (Kesuma) sebagai usaha memastikan kadar gaji meningkat selaras dengan kemahiran serta keberhasilan pekerja.

"Kesuma juga buat julung kalinya akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan berdasarkan Malaysia Standard Classification of Occupations (MASCO).

Iklan

"Garis panduan ini kelak adalah rujukan kepada pekerja dan majikan dalam menentukan kadar gaji permulaan yang sesuai bagi sesuatu pekerjaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kerajaan setuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025

Iklan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan turut memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1,700 membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh enam bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Tambah Steven, Kesuma menekankan bahawa gaji minimum tidak harus dijadikan gaji permulaan khususnya untuk para graduan dan pekerja yang berkemahiran.

Ujarnya, pengumuman berkenaan sebahagian daripada usaha kementerian itu dalam rangka menambah baik pendapatan golongan pekerja secara menyeluruh.

"Perintah gaji minimum baharu ini adalah seragam di seluruh negara tanpa mengira wilayah,” katanya.