Hamas sahkan Yahya Sinwar terbunuh

Iklan
Yahya Sinwar. Foto AFP

KUALA LUMPUR - Hamas mengesahkan Ketua Biro Politiknya, Yahya Sinwar terbunuh dalam serangan Israel pada Khamis.

Perkara itu disahkan oleh anggota biro politik Hamas Khalil al-Hayya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Telegram Brigade al-Qassam Hamas pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Yahya Sinwar telah menjadi pejuang yang syahid dalam keadaan bertempur berhadapan dengan tentera Israel sehingga ke nafas yang terakhir," katanya.

Pada Khamis media antarabangsa melaporkan Yahya Sinwar terbunuh di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel. - Bernama

Iklan
Iklan