Belanjawan 2025: Tiada perincian khusus, hanya pembentangan umum

Iklan
Mohd Radzi, Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memberi perincian khusus mengenai butiran dalam Belanjawan 2025 kerana tiada kerangka jelas mengenai pelaksaan inisiatif yang diumumkan.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di Dewan Rakyat hanya secara umum tanpa penjelasan lanjut.

Iklan
Iklan

"Ada disebut data ekonomi tetapi tidak dinyatakan bagaimana negara hendak dipacu dan apakah kerangka besar dalam konteks struktur atau startegik yang akan dilaksanakan.

"Lebih menyukarkan khususnya kepada pelabur dan penganalisis pasaran apabila tiada perincian beberapa perkara penting, contohnya SST (cukai perkhidmatan dan jualan) yang akan ditingkatkan bagi skop tertentu," katanya dalam sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan kedudukan defisit kerajaan yang tidak dinyatakan ketika pembentangan tersebut.

Menurutnya, perkara itu seharusnya dimaklumkan supaya ahli-ahli Parlimen dapat meneliti pertimbangan sewajarnya.

Iklan

"Apa yang perlu dibentang ialah pembelanjaan (tetapi) harus juga tahu dari segi sumber pendapatan sebab kerajaan mungkin akan kurangkan pinjaman.

"Jadi sejauh mana pembelanjaan negara berbanding sumber pendapatan, kos yang ditanggung apabila hapuskan subsidi," ujarnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden Pas berpandangan, kerajaan perlu meneliti sumber baharu dan tidak bergantung kepada cukai semata-mata.

Menurutnya, kebergantungan itu akan mengakibatkan rakyat menanggung beban secara langsung dan tidak langsung.

"Jadi perlu dilihat apakah sumber-sumber yang tidak membebankan rakyat," katanya.