Belanjawan 2025: Kerajaan terus fokus kepada golongan memerlukan

Iklan
Amir Hamzah ketika sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2025 akan terus memberi fokus kepada golongan yang memerlukan pertolongan meskipun reformasi fiskal sedia masih dikekalkan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Selain itu, katanya, fokus kerajaan akan berpaksikan kepada pelaburan dalam negara, usaha menjana ekonomi, memperkukuh tenaga buruh mahir negara dan meningkatkan infrastruktur untuk menyumbang kembali kepada rakyat.

Iklan
Iklan

"Kalau kita lihat (dalam Belanjawan 2025), usaha-usaha kerajaan berpaksikan kepada rakyat, seperti meningkatkan (peruntukan) Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk menangani isu kos sara hidup dan (inisiatif) meningkatkan pendapatan rakyat turut ditekankan.

"Jadi saya rasa Belanjawan 2025 ini merangkumi semua fasa ekonomi dengan lebih baik dan diberi perhatian, malah rakyat turut diutamakan,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, pada Jumaat.

Iklan

Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merupakan yang terbesar dalam sejarah dengan peruntukan sebanyak RM421 bilion, diselaraskan secara strategik dengan kerangka Ekonomi Madani.

Belanjawan itu memberi fokus untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, memacu peluang perniagaan melaksanakan projek untuk kesejahteraan rakyat dan tidak menjejaskan kemampuan mereka dalam membeli barangan keperluan dan perkhidmatan. - Bernama

Iklan