Pas kutuk pembunuhan Yahya Sinwar

Iklan
Abdul Hadi

KOTA BHARU - Pas mengecam serangan Israel yang mengorbankan nyawa Ketua Politik Hamas, Yahya Sinwar.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh dunia perlu melakukan perkara sama selain menyifatkan Zionis itu sebagai dalang serangan.

Iklan
Iklan

"Seluruh dunia perlu mengutuk Israel yang pengecut dan bukan sahaja merupakan dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza.

Foto pada 2011 menunjukkan Yahya (kiri) berpelukan dengan Ismail Haniyeh (kanan). Foto Reuters

"Palestin, perjuangan tidak bernoktah, sokongan tidak bermusim,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Pas juga mengucapkan takziah kepada keluarga Yahya Sinwar atas tragedi itu.

"Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas mereka dan dikurniakan ganjaran syahid di sisi ALLAH,” ujar beliau.

Iklan

Dalam satu kenyataan oleh tentera Israel pada Khamis memperincikan bahawa pemimpin Hamas, Yahya Sinwar terbunuh dalam pertempuran selepas dikesan 'pergi dari rumah ke rumah' dalam usaha mengelak dikesan di selatan Gaza.