Warga emas ditemukan mati di dalam rumah yang berkunci

Iklan
Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia di dalam sebuah rumah yang berkunci di Kampung Baru dekat Slim River pada Jumaat. Foto: Bomba Perak

TANJUNG MALIM - Seorang warga emas disyaki tinggal sendirian ditemui meninggal dunia di kediamannya di Kampung Baru dekat Slim River di sini pada Jumaat.

Mayat lelaki berusia 75 tahun itu ditemukan semasa operasi dijalankan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Slim River yang menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.45 malam.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal diterima memaklumkan, mangsa tidak keluar dari rumah itu sejak beberapa hari lalu.

Mayat lelaki warga emas diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut sebaik dibawa keluar dari lokasi kejadian. Foto: Bomba Perak

Menurutnya, keadaan itu membuatkan komuniti di kawasan berkenaan mengesyaki bahawa mangsa telah meninggal dunia di rumah tersebut.

Iklan

"Anggota yang tiba bersama polis mendapati rumah itu berkunci.

"Setelah pintu berjaya dibuka, pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat pada jam 8.17 malam," katanya.