KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan semua perkara yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
"PDRM kekal komited dengan fokus menyampaikan perkhidmatan berpaksikan integriti dan tatakelola yang baik, serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.