Anak Abuya dakwa jadi mangsa rogol, dera pemimpin GISBH

Iklan
Ummu Atiyah

SHAH ALAM - Anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu, Ummu Atiyah mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH pada 2015.

Iklan
Iklan

"Ketika itu, saya memang menolak... saya memang tak nak (kahwin dengannya), sebab (dia) seorang yang tua, boroi, memang saya geli, saya jijik (dengannya).

"Selepas saya dapat WhatsApp itu, saya lari ke rumah kawan saya di Jordan... kemudian dia (lelaki berkenaan) dan pengikutnya datang dan mahu saya serahkan diri. Mereka buat kecoh sampai jam 1 hingga 2 pagi.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada 11 September lalu.

Hasil serbuan itu mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak yang juga penghuni rumah amal terbabit.

Iklan

Susulan kes itu, katanya, seramai 171 individu ditahan termasuk 105 wanita berusia 17 dan 64 tahun.

Berdasarkan maklumat serta siasatan dilakukan, polis mengesyaki GISBH melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Mengulas lanjut, Ummu Atiyah berkata, dalam keadaan terpaksa dia menyerah diri dan diminta bersalam dengan lelaki berkenaan sebagai tanda setuju berkahwin tetapi Ummu Atiyah mendakwa menolak untuk melakukan perbuatan tersebut.

Katanya, apabila bertindak demikian, dia dipisahkan dengan anaknya dan dilarikan ke Turki serta didera kerana enggan memenuhi kehendak pemimpin GISBH itu untuk bersama sehinggalah dirogol.

"Saya pernah dicucuh dengan pemetik api dan direndam di dalam kolam. Ketika itu adik lelaki saya yang merupakan pengikut pemimpin itu, meminta dia menanggalkan baju untuk ditunjukkan kepada individu berkenaan.

"Kerana saya takut kalau mati sebab direndam lebih sejam, saya tercunggap sebab air dah banyak saya telan, sakit dada saya, saya terpaksa kata ya," jelasnya.