Belanjawan 2025: Umum awal penyasaran subsidi petrol, tidak beri kejutan pada rakyat

Iklan
Hawati Abdul Hamid ketika menjadi panelis rogram interviu yang bertajuk Belanjawan 2025: Tercapaikah reformasi ekonomi yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian.

SHAH ALAM -Tindakan kerajaan mengumumkan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025 adalah satu tindakan positif kerana tidak memberi kejutan kepada rakyat dan komuniti perniagaan.

Pengarah penyelidikan Khazanah Research Institute, Hawati Abdul Hamid berkata, semua pihak dapat berjaga-jaga lebih awal dengan peningkatan yang akan dihadapi oleh mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun Belanjawan 2025 ini dipanggil sebagai reformasi tetapi kerajaan masih mengambil langkah berhati-hati.

"Saya rasa kerajaan berbuat demikian agar perkara itu tidak menjadi kejutan yang akan merencatkan kesejahteraan rakyat.

Iklan

"Contohnya, sasaran untuk subsidi petrol ini masih diperluaskan maknanya bukanlah kepada golongan miskin sahaja namun 15 peratus teratas dan ia adalah satu langkah berhati-hati," katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis program interviu yang bertajuk Belanjawan 2025: Tercapaikah reformasi ekonomi yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian.

Iklan

Program itu turut disertai Pensyarah Kanan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.

Tambah Hawati, kerajaan mesti mempunyai data rakyat yang lengkap jika benar-benar mahu melaksanakan bantuan bersasar.

"Menerusi langkah luas dulu, bantu ramai orang kemudian kecilkan kumpulan sasaran dan perlu dilakukan secara berperingkat secara tidak terus menekan.

"Ini kerana petrol mempunyai rangkaian kesan agak besar kepada ekonomi rakyat,"ujarnya.

Beliau turut berpendapat, belanjawan kali ini dibentangkan dalam keadaan tenang kerana suasana ekonomi negara semakin mengukuh.

Beliau memberi contoh, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan ringgit semakin mengukuh dan suasana ekonomi terutama pelaburan semakin positif.

"Jadi saya rasa ini adalah persekitaran kondusif kepada kerajaan untuk terus laksanakan reformasi mengukuhkan atau meletakan ekonomi negara kita di landasan betul," katanya.