Operasi SAR Bot Regata

Iklan

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak antara 12 agensi yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa bot regata yang karam di Sungai Sarawak hari ini.

Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa.

Iklan
Iklan

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 4.20 petang.

Insiden tersebut melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata dan 10 individu berjaya menyelamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.

Iklan
Iklan

Kesemua yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun. Foto Bernama