Isu gaji minimum cermin keprihatinan kerajaan pada PMKS - MEF

Iklan
Foto Bernama (Gambar kecil: Syed Hussain)

SHAH ALAM - Isu pelaksanaan kenaikan gaji minimum menerusi pengumuman Belanjawan 2025 mencerminkan keprihatinan kerajaan dengan mengambil kira cabaran dihadapi oleh Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, pihaknya menghargai inisiatif kerajaan memberikan PMKS yang mempunyai kurang daripada lima pekerja melaksanakan gaji minimum baharu RM1,700 bermula Ogos 2025.

Iklan
Iklan

"MEF berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim kerana menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak berkepentingan, majikan dan kesatuan sekerja sekali gus memahami cabaran sebenar di lapangan.

"Penghargaan juga diberikan kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (NWCC) kerana memudahkan proses perbincangan isu terbabit sebelum sebulat suara mencapai kesepakatan bersama," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.

Menerusi peruntukan tersebut, kerajaan setuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025

Iklan

Ujar Syed Hussain, adalah penting bagi semua pihak berkepentingan memahami cabaran PMKS yang merupakan majoriti perniagaan di negara ini.

"Malah dalam kalangan PMKS terdapat perbezaan antara perniagaan di bandar dan luar bandar perniagaan.

"Oleh itu, sebarang keputusan untuk mengkaji semula gaji minimum mengambil kira semua faktor berkenaan," ujarnya.

Menurutnya, majikan yang mampu membayar gaji lebih tinggi digesa membayar pekerjanya melebihi kadar gaji minimum.

Ulasnya, golongan atasan itu tidak sepatutnya menjadikan gaji minimum sebagai alasan untuk membayar berdasarkan paras terbabit.

"Sebaliknya, syarikat akan menunjukkan etika dan amalan baik dengan memberikan ganjaran kepada pekerja mereka berdasarkan prestasi pekerja dan perniagaan mereka," menurut beliau.