Smile 2 masih mendebarkan

Iklan
Tanpa sengaja, Lewis dihantui sesuatu yang menakutkan dan akhirnya meragut nyawanya.

FILEM berbajet rendah, Smile berjaya 'memikat' peminat genre seram ketika ditayangkan pada tahun 2022, mendorong pengarah dan penulis skripnya, Parker Finn kembali dengan Smile 2.

Meskipun filem Smile mendapat sambutan, namun rata-rata pengkritik filem berpendapat, naskhah itu tidak dikembangkan dengan sebaiknya.

Iklan
Iklan

Mungkin mengambil input itu, Finn kali ini mengembangkan Smile 2 melalui seorang bintang pop popular, Skye Riley yang dijayakan oleh Naomi Scott dan mempunyai kisah silam serta masalah tersendiri.

Smile 2 mula ditayangkan di pawagam bermula 17 Oktober.

Secara ringkasnya, penonton dibawa melayari kisah Riley, seorang penyanyi terkenal yang bersedia untuk membuat kemunculan semula selepas berdepan trauma kematian teman lelakinya akibat kemalangan dan pengambilan dadah.

Iklan

Di bawah pengawasan berterusan daripada ibu dan pengurusnya Elizabeth, Riley menyelinap keluar untuk membeli ubat penenang daripada Lewis Fregoli.

Naomi Scott menjayakan watak utama sebagai Skye Riley.

Namun semuanya berubah apabila Fregoli menunjukkan tingkah laku aneh sehinggalah membunuh diri di depan Riley.

Iklan

Sejak itu, Riley mula dihantui senyuman menakutkan. Realiti terasa seperti halusinasi dan halusinasi adalah realiti.

Tarikan utama filem ini bagi penulis adalah lakonan mantap Scott yang berjaya menterjemahkan ketakutan itu dengan cukup berkesan.

Dalam usaha untuk membina kembali kerjayanya, Riley berdepan dengan peristiwa aneh yang menakutkan.

Dari segi lontaran emosi, pergerakan tubuh badan, nada percakapan, semuanya dilakukan dengan cukup baik.

Bagi penulis pemilihan Scott cukup tepat dan dia menjadi aset terkuat dalam filem ini.

Jalan cerita Smile 2 disusun lebih kemas berbanding filem pertama.

Penyusunan jalan cerita lebih kompleks apabila Riley berdepan dengan masalah mental dan perjalanan filem ini akan membongkar kisah Riley secara beransur terasa berasas.

Finn juga berjaya menunaikan janjinya apabila membuat penonton, memastikan bahawa peminat seram yang berpengalaman pun akan tersentak dari tempat duduk mereka sekurang-kurangnya beberapa kali.

Cuma mungkin kerana masih terikut acuan filem terdahulu, 'kejutan' Smile 2 sudah boleh dijangka, walaupun manipulasi syaitan terhadap realiti Riley masih menyeramkan.

Jadi apakah kesudahan kisah Riley dan adakah dia juga akan tumpas setelah cukup masanya? Saksikan jawapannya dengan menonton Smile 2.

SMILE 2

PENGARAH: Parker Finn

PELAKON: Naomi Scott, Rosemarie DeWitt, Kyle Gallner, Lukas Gage, Miles Gutierrez-Riley, Peter Jacobson, Raúl Castillo

GENRE: Seram

DURASI: 2 Jam 8 Minit

KLASIFIKASI: 18

BAHASA: Inggeris

TAYANGAN: 17 Oktober 2024

BINTANG: 3.5 / 5