Pengendali pakej umrah didenda RM8,000

Iklan
Hishamudin (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Aziz selepas dia membayar denda terhadap hukuman yang dikenakan oleh mahkamah. Foto ihsan KPDNHEP

TEMERLOH - Seorang pengarah dan syarikat yang mengendalikan pakej umrah didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di Temerloh hari ini.

Majistret Nordiana Abdul Aziz memerintahkan hukuman itu selepas

Iklan
Iklan

Aziz Sha'ari mengaku bersalah di atas lapan pertuduhan gagal mematuhi award yang diperintahkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berhubung tuntutan bayaran ganti rugi gagal menguruskan pakej umrah.

Beliau juga memerintahkan hukuman empat bulan penjara sekiranya pengarah syarikat terbabit gagal membayar denda.

Iklan

Berdasarkan kes pertuduhan, Aziz dan syarikatnya didapati gagal mematuhi arahan TTPM untuk mengembalikan wang pembayaran pakej umrah yang dituntut oleh pihak penuntut yang berjumlah keseluruhan RM22,000 tahun 2011.

Atas kesalahan itu, Aziz dan syarikatnya melalukan kesalahan di bawah Sek 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Iklan

Kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Hishamuddin Rosnan.