JKKP Perak sita 20 eskalator

Iklan
Pegawai JKKP Perak menyita eskalator sebuah kompleks membeli belah di Ipoh kerana ingkar terhadap notis dan arahan yang dikeluarkan.

IPOH - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak hari ini menyita 20 eskalator di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Ipoh berikutan ingkar terhadap notis dan arahan yang dikeluarkan jabatan berkenaan.

Pengarah JKKP Perak, Ir Zamzurin Maarof berkata, pemeriksaan telah dijalankan pada 6 Disember tahun lalu.

Iklan
Iklan

bersama pengurusan kompleks itu dan firma yang menyelenggara sebahagian eskalator tersebut dengan arahan turut dikeluarkan untuk membaiki kerosakan eskalator tersebut.

"Susulan tiada penyelenggaraan JKKP Perak telah menyita eskalator tersebut pada jam 3.30 petang pada hari ini melalui 20 notis larangan sehingga penambahbaikan diambil oleh pengurusan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Iklan

Beliau berkata, pihak pengurusan pusat membeli-belah diberi tempoh masa 14 hari untuk mematuhi notis yang telah dikeluarkan.

Zamzurin menegaskan bahawa pengurusan kompleks membeli belah dan firma yang dilantik untuk menyelenggara eskalator dan lif perlu memastikan kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik dan selamat.

Iklan

Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada pihak yang melanggar peruntukan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967.