Lari tinggal kanta lekap tepi Sungai Golok

Iklan
Rampasan terhadap sekotak kanta lekap itu dibuat pada jam 2 petang semasa rondaan Op Taring Wawasan.

PASIR MAS - Penyeludup sanggup meninggalkan kanta lekap bernilai RM10,350 di tepi Sungai Golok selepas kegiatan haram itu diserbu anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di pangkalan haram Jeram Perdah 2, di sini pada Jumaat.

Rampasan terhadap sekotak kanta lekap itu dibuat pada jam 2 petang semasa rondaan Op Taring Wawasan.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara, Senior Assisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan mendapati lebih 200 botol kanta lekap dipercayai dari Thailand ditemukan di dalam kotak terbabit.

"Kanta lekap ini dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan.

Iklan

"Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya pada Sabtu.

Menurut beliau, hasil rampasan diserahkan ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Ujarnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.