Masuk sebagai pelancong, warga Maghribi mengemis main gendang

Iklan
Aksi dua lelaki bermain alat muzik bagi meminta sedekah dikesan sebelum ditahan JIM Kuala Lumpur, di Bukit Bintang pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kegiatan dua lelaki warga Maghribi mengemis untuk sara kehidupan di ibu negara dikesan selepas ditahan di Bukit Bintang, di sini, pada Sabtu.

Aktiviti meminta sedekah dengan cara bermain gendang itu turut tular di media sosial hingga merosakkan pemandangan ibu negara.

Iklan
Iklan

Tindakan penahanan itu dilaksanakan menerusi Ops Kutip KL Strike Force Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur pada jam 1.30 pagi hasil aduan awam.

Salah seorang yang ditahan yang mahu dikenali sebagai Khalid, 30 berkata, tujuan dia bersama rakan bermain alat muzik sambil menari adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan sepanjang di ibu negara.

Iklan

"Peralatan muzik serta pakaian tradisional Maghribi tersebut dibawa dari negaranya untuk membuat ‘persembahan’ setiap hari bermula jam 10 malam hingga 1 pagi.

"Kami datang sebagai pelancong dan tinggal di hotel berdekatan untuk tidur, main muzik dan cari duit makan sahaja," katanya ketika ditemui pemberita selepas ditahan di sini.

Iklan

Dakwanya lagi, kegiatan mengemisnya boleh mencecah RM200 setiap hari.

Wan Mohamed Saupee

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, semakan mendapati kedua-dua lelaki tersebut didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS).

Katanya, kedua-dua lelaki warga Maghribi itu disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Semakan mendapati kedua-duanya masuk ke Malaysia menggunakan PLS pada 11 Oktober bagi tujuan melancong," ujarnya.

Tambah beliau, JIM Kuala Lumpur memberi peringatan tegas kepada pelancong asing bahawa menggunakan pas pelawat untuk bekerja, mengemis dan seumpamanya merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tegas.