Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar terbunuh akibat tembakan di kepala

Iklan
Ali patalogi mengesahkan, pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat kecederaan otak traumatik yang teruk selepas ditembak di kepala.

TEL AVIV - Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat kecederaan otak traumatik yang teruk selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.

Dr Chen Kugel dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan di Tel Aviv berkata, beliau menemui kecederaan"daripada sumber lain" pada Sinwar termasuk kecederaan pada lengan kanan akibat"tembakan peluru berpandu," kaki kiri yang cedera akibat"binaan runtuh," dan kecederaan serpihan pada tubuhnya.

Iklan
Iklan

"Mereka menyebabkan kerosakan yang teruk, tetapi punca kematian adalah luka tembakan di kepala," katanya kepada CNN.

Tentera Israel sebelum ini berkata, pemimpin Hamas itu terbunuh apabila bangunan tempat beliau bersembunyi di Rafah diserang dengan"tembakan kereta kebal."

Iklan

Rejim Zionis juga menegaskan, mereka berbalas tembakan sebelum bangunan itu disasarkan. - Awani

Iklan