JPP Bersatu muktamad calon peringkat bahagian minggu depan

Iklan
Syed Hamid Albar

PETALING JAYA - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dijangka memuktamadkan senarai pencalonan pemilihan parti peringkat bahagian minggu depan sebelum senarai rasmi dicetak untuk diedarkan kepada petugas di peringkat negeri dan bahagian.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sebanyak 11,100 borang pencalonan diterima bagi merebut 7,371 jawatan di 189 bahagian ketika pendaftaran pencalonan dibuka pada 26 Januari lepas.

Iklan
Iklan

"Proses pengurusan senarai calon telah dibuat dengan teliti dengan mengadakan saringan pemilihan mengambil kira maklumat keahlian yang dibekalkan ibu pejabat Bersatu termasuk faktor kelayakan calon, status keahlian dan insolvensi.

"Syarat lain untuk bertanding adalah sekurang-kurang telah menjadi ahli selama 12 bulan atau lebih atau memegang sebarang jawatan di peringkat di bahagian atau sayap bahagian,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat khas JPP di ibu pejabat Bersatu di sini.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Pemilihan Bersatu: 9,452 calon layak bertanding

Mesyuarat turut dihadiri Setiausaha JPP Bersatu Datuk Seri Zulkifli Alwi serta tiga ahli jawatankuasa (AJK) iaitu Datuk Mohamed Radzi Manan, Datuk Rozlan Zahari dan Amran Abdul Jalil.

Syed Hamid berkata, pemilihan Bersatu menggunakan sistem satu ahli satu undi di mana ahli-ahli yang layak akan mengundi bagi memilih pimpinan di peringkat cawangan dan bahagian.

Iklan

Mengulas lanjut beliau berkata, mesyuarat khas hari ini turut merumuskan bahawa persiapan pemilihan peringkat cawangan dan bahagian lancar serta terkawal.

Katanya, mesyuarat lebih tiga jam itu bertujuan meneliti lebih 300 aduan berkaitan pemilihan jawatan di peringkat bahagian.

"Kita meneliti satu persatu aduan yang diterima dari setiap negeri dan bahagian. Antara aduan yang diterima adalah berkaitan disiplin, status keahlian dan kekurangan dokumen.

"Kami adalah AJK yang tidak ada kepentingan dan saya harap tidak ada bantahan daripada mana-mana pihak. Kami hanya mahu pastikan pemilihan parti lancar,” katanya.

Mengenai tahap persediaan, Syed Hamid berkata, dengan dibantu sekretariat ibu pejabat Bersatu, segala peralatan seperti senarai calon, panduan mengundi, petak mengundi dan kertas undi telah dihantar ke cawangan dan bahagian sebelum proses pemilihan bermula.

Jelasnya lagi, persidangan peringkat cawangan Bersatu dijadualkan pada 15 Februari hingga 29 Mac disusuli persidangan peringkat bahagian pada 18 April. Perhimpunan Agung Bersatu pula ditetapkan dari 25 hingga 28 Jun.

"Penamaan calon bagi jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu ditetapkan pada 16 Mac ini bermula 10 pagi hingga 3 petang di ibu pejabat Bersatu. Pemilihan MPT akan dibuat pada 18 April semasa persidangan peringkat bahagian yang diadakan serentak seluruh negara,” katanya. - Bernama