Lari dalam semak elak dicekup

Iklan
Tangkapan terhadap suspek berusia 22 tahun pada jam 8.30 malam itu membawa kepada rampasan 12 bungkus air ketum, 90 biji pil eramin 5, 14.29 gram ganja, 14 kilogram (kg) daun ketum dan 850 biji pil epam di dalam rumah terbabit.

KOTA BHARU - Tindakan seorang lelaki melarikan diri ke dalam semak gagal selepas ditahan oleh anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kenali, Kubang Kerian di sini pada Jumaat.

Tangkapan terhadap suspek berusia 22 tahun pada jam 8.30 malam itu membawa kepada rampasan 12 bungkus air ketum, 90 biji pil eramin 5, 14.29 gram ganja, 14 kilogram (kg) daun ketum dan 850 biji pil epam di dalam rumah terbabit.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara, Senior Assisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan terbabit dilakukan oleh sepasukan anggota semasa Op Taring Sky hasil maklumat dadah.

"Semasa tangkapan dibuat suspek cuba melarikan diri ke kawasan semak berdekatan namun berjaya diberkas.

Iklan

"Hasil pemeriksaan kami menemui pil epam bernilai RM12,750, eramin 5 (RM1,350), ganja (RM217), daun ketum (RM560) dan air ketum RM120," katanya pada Sabtu.

Menurut beliau, turut dirampas adalah dua unit beg duit, kunci mangga (2), seunit meja kayu bulat, sehelai seluar pendek dan sejumlah wang tunai berjumlah RM400.

Iklan

Ujarnya, ia menjadikan nilai keseluruhan rampasan ialah RM15,747.

Keseluruhan barang dirampas bernilai RM15,747.

Nik Ros Azhan memberitahu, hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis benzo.

"Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 6, Sek 12(2), Sek 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Suspek diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya," katanya.