Pak belang baham dua lelaki masuk perangkap

Iklan
Harimau belang yang dipercayai menyerang dua lelaki sehingga maut sebelum ini berjaya memasuki perangkap Perhililitan.

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor harimau belang yang dipercayai menyerang dua lelaki di Gerik dan Batu Melintang, Jeli, Kelantan baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi media di sini Sabtu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun makluman lanjut mengenai tangkapan haiwan buas itu akan diberikan oleh Pengarah Perhilitan Kelantan dalam masa terdekat.

"Ya, dapat (tangkapan) di sebelah Jeli. Jadi, Pengarah Perhilitan Kelantan yang akan memberikan maklumat lanjut," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Iklan

Beliau juga tidak menolak kemungkinan harimau ditangkap itu merupakan haiwan sama yang menyerang kedua-dua mangsa kerana jarak lokasi dua kejadian melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli hanya kira-kira empat kilometer.

Media pada Jumaat melaporkan Jabatan Perhilitan Perak dan Kelantan melaksanakan gerak kerja menangkap harimau yang disyaki membaham dua mangsa sehingga maut, awal minggu ini.

Iklan

Yusoff dalam kenyataan itu memaklumkan satu perangkap dipasang pada Jumaat di kawasan dikenal pasti sebagai tambahan perangkap yang dipasang pada Khamis.

Dalam kejadian pada Khamis, seorang lelaki warga Myanmar maut dengan paha kiri terputus, dipercayai diserang harimau ketika berada di belakang rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, JRTB Gerik–Jeli dekat Batu Melintang di Jeli.

Sementara itu dua hari sebelumnya, seorang lelaki tempatan Adnan Ismail, 54, maut diserang harimau belang ketika turun dari rumah kongsi berdekatan kawasan hutan di KM79.2 JRTB Gerik–Jeli di Bersia, Gerik.