Padah memandu melulu, lelaki positif dadah ditahan

Iklan
Lelaki berkenaan yang memandu kereta Proton Wira secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki ditahan selepas didapati memandu kereta secara melulu dan berbahaya di Jalan Datuk Keramat dan Lebuh Chulia di sini.

Lelaki warga tempatan berusia 39 tahun itu ditahan di Jalan Datuk Keramat pada jam 7.30 petang, Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, tangkapan itu dibuat selepas tular satu klip video memaparkan perbuatan lelaki berkenaan pada jam 6.18 petang, 12 September lalu.

Menurutnya, video berdurasi 3 minit 53 saat itu dikesan telah tular di media sosial pada Jumaat.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, lelaki berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 427, Kanun Keseksaan kerana khianat selepas didakwa telah memecahkan cermin sebuah kenderaan menggunakan tangan pada 17 Oktober lalu.

Iklan

"Dalam kes ini, pemandu kenderaan tersebut ditahan reman sehingga 20 Oktober untuk siasatan lanjut. Kita akan sambung reman dan dia dijangka akan dituduh di mahkamah pada Isnin ini.

"Ujian awal saringan air kencing lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine," jelasnya.

Swee Sake berkata, semakan mendapati, lelaki berkenaan mempunyai 12 rekod jenayah melibatkan kesalahan jenayah dan dadah.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya memandu secara berhati-hati dan berhemah demi menjamin keselamatan semua pihak.