Projek WISE dilaksanakan seperti dirancang - Ahmad Maslan

Iklan
Ahmad bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar pada Sabtu.

TAPAH - Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi jaminan projek Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar akan dilaksanakan sepertimana dirancang.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kelulusan projek tersebut telah pun diperolehi dan hanya menunggu kerja-kerja pembinaan dimulakan.

Iklan
Iklan

"Projek WISE ini memang disebut dalam (pengumuman) Belanjawan semalam dan saya mengesahkan kelulusan itu.

"Cumanya ia belum lagi mula, itu kita tunggu pengumuman selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja meninjau penyuaraian trafik pekan Tapah di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ahmad berkata, projek WISE yang dilaksanakan menerusi kerjasama awam-swasta (PPP) tersebut antara yang diberi perhatian tinggi oleh KKR.

Iklan

"Apabila kami (KKR) dapat Ketua Setiausaha baru, antara tugasannya adalah untuk menyelesaikan WISE.

"Dalam mesyuarat-mesyuarat bersama kami, beliau menyatakan (urusan dan perbincangan) WISE selesai," katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, WISE sebagai satu daripada lima projek yang akan diberi keutamaan dalam perancangan kerajaan menggunakan pendekatan PPP.

Sebelum ini, media melaporkan Lebuh raya WISE sepanjang 60 kilometer akan dilengkapi tiga lorong dua hala dengan laluannya bermula di Gopeng melalui Batu Gajah, Siputeh, Manong, Tronoh, Beko, Seri Iskandar seterusnya Kuala Kangsar.

Lebuh raya berkenaan akan menjadi alternatif kepada laluan Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang menerima jumlah kenderaan tinggi.