ASEAN 2025: Tonjol imej kecemerlangan negara

Iklan
Mohamad bercakap kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau di Dewan Perpatih, hari ini. Foto Bernama

REMBAU - Malaysia perlu memanfaatkan peluang sebagai tuan rumah dan mengurus dengan baik sidang Kemuncak ASEAN 2025 ini agar Malaysia dapat menonjolkan imej kecemerlangan negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sidang itu juga sebagai platform membuktikan negara mempunyai tadbir urus yang baik termasuk dari aspek ekonomi serta hubungan dan perpaduan antara kaum.

Iklan
Iklan

"Yang penting kita tonjol imej negara kita di peringkat antarabangsa yang sekarang ini orang mendengar suara kita di peringkat Bangsa-Bangsa Bersatu, ASEAN, Negara Pertubuhan Islam, G20 dan negara-negara berkecuali.

"Kadang-kadang mereka (negara berkenaan) bertanya pandangan kita, ia menjadi suatu yang penting bagi sesuatu keputusan dalam satu-satu mesyuarat," katanya kepada pemberita sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)Tahun 2023 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau di sini pada Sabtu.

Iklan
Mohamad (tujuh dari kanan) bersama penerima sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2023 di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau pada Sabtu.

Pada majlis berkenaan, seramai 104 individu daripada 41 sekolah di daerah Rembau menerima APC.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, Malaysia dan Jordan kini dalam proses mengaturkan bantuan perubatan ke Gaza susulan serangan berterusan Israel menyebabkan lokasi terjejas tersebut kehabisan bekalan ubat-ubatan.

Iklan

"Saya baharu sahaja menerima panggilan telefon daripada Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi kelmarin yang memaklumkan mengenai keadaan terkini di utara Gaza.

"Bantuan perubatan sangat penting memandangkan 30 daripada 33 hospital telah musnah (sepenuhnya)... tinggal tiga, itu pun dah tiada bekalan yang tinggal. Ramai yang cedera.

"Di utara Gaza memang teruk, hospital dah tak ada bekalan perubatan, ubat anestetik tak ada, ubat antibiotik tak ada. Jadi, kita mesti berbincang," katanya.

Katanya, justeru bantuan kepada Gaza akan diserahkan secara tunai kepada Jordan menggunakan wang Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) dari rakyat Malaysia dan ia telah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau berkata, Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam merupakan belanjawan menyeluruh serta terkedepan dengan mengambil kira kekangan yang ada dalam negara.