Peruntukan RM15 juta buat FAM bukan untuk pembayaran gaji - Hannah

Iklan
Hannah Yeoh (dua dari kiri) hadir pada Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan ke-19 di Bangi Avenue Convention Center pada Sabtu. Foto Bernama

BANGI - Peruntukan RM15 juta kepada Pasukan Harimau Malaya, Pasukan Bawah 18 dan bawah 13, tidak boleh dibelanjakan sesuka hati atau untuk pembayaran gaji, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Sebaliknya Hannah berkata, peruntukan tersebut khas untuk mendapatkan jurulatih bagi memperkasa skuad Harimau Malaya dan pasukan yang berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Kementerian Kewangan dan Kementerian Belia dan Sukan akan memantau penggunaan peruntukan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memastikan dana hanya digunakan bagi peningkatan prestasi oleh barisan kejurulatihan dan bukan untuk kegunaan lain.

"Kita sedang tunggu FAM untuk bincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN), untuk lihat bagaimana kita akan membelanjakan RM15 juta itu, dan ia akan dipantau oleh dua kementerian iaitu Kementerian Belia dan Ssukan, dan Kementerian Kewangan.

Iklan

"Jadi duit ini bukan FAM boleh belanjakan sesuka hati, bukan untuk pembayaran gaji persatuan, tetapi khas untuk jurulatih bagi perkasakan skuad Harimau Malaya, skuad negara dan remaja negara,” katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen ILKBS ke-19 di Pusat Konvensyen Bangi Avenue di sini pada Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 semalam mengumumkan peruntukan RM15 juta itu bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak negara.

Iklan

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memperuntukan lebih RM230 juta meliputi program podium, latihan dan program Road to Gold (RTG) serta persiapan atlet para menjelang Sukan Para Dunia termasuk Deaflympic Tokyo 2025.

Mengulas mengenai peruntukan RM230 juta itu, Hannah berkata ia digunakan untuk pembangunan akar umbi serta pemerkasaan atlet berprestasi tinggi termasuk program-program pembangunan sukan seperti bola sepak, hoki, ragbi dan bola jaring.

"Kita juga tidak mahu kehilangan atlet dan bergantung kepada beberapa atlet sahaja, oleh itu kita perlu besarkan peringkat akar umbi. Kita sudah ada jawatankuasa pembangunan sukan di peringkat MSN yang telah mula meneliti perkara ini dalam beberapa minggu lepas.

"Untuk RTG kita sedang teliti berapa jumlah untuk diperincikan, jawatankuasa (RTG) akan bermesyuarat untuk melihat sukan seperti skuasy kita telah program buat fast track,” katanya.

Sementara itu Hannah berkata, lelaki professional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang sudah berada di kedudukan ke-10 terbaik dunia layak untuk menyertai program RTG, namun ia perlu dimuktamadkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang akan diadakan bulan ini. - Bernama