UNTUK kali kedua, wajah dan nama Ernie Zakri dipaparkan di papan iklan ikonik Times Square, New York.
Pengiktirafan berprestij ini datang dari EQUAL Spotify, satu inisiatif global yang meraikan artis wanita berbakat dari seluruh dunia, sekali gus mengangkat Ernie sebagai duta seni muzik Malaysia di pentas antarabangsa.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi,” tulisnya di Instagram.
Kali pertama Ernie muncul di papan iklan tersebut ialah pada Mei tahun lalu.
Selain dipaparkan di Times Square, lagu Masing Masing hasil kolaborasi Ernie dan Ade Govinda, terus mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa, terutamanya di Indonesia.
Lagu itu berjaya menduduki pelbagai carta teratas di platform Spotify Indonesia, termasuk senarai Top Songs dan Viral 50.
Ernie juga merupakan antara artis Malaysia dengan jumlah pendengar bulanan tertinggi di Spotify, iaitu 3.1 juta. - Awani