KSSB bantu pusat jagaan warga emas terjejas akibat banjir

Iklan
Antara kakitangan yang terlibat dalam misi gotong royong.

SHAH ALAM - Fasa peralihan monsun yang melanda seluruh negara akhir September lalu telah mengakibatkan Pusat Jagaan Wargatua Jasheira, Kuala Selangor dinaiki air sehingga menjejaskan operasi.

Susulan itu, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor bekerjasama membersihkan pusat jagaan tersebut.

Iklan
Iklan

KSSB dalam satu kenyataan berkata, antara agensi lain yang terlibat ialah Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor, Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Kakitangan membersihkan katil yang terkesan akibat banjir.

"Peralihan monsun mengakibatkan beberapa kawasan berisiko khususnya di daerah Kuala Selangor ditenggelami air.

Iklan

"Pusat Jagaan Wargatua Jasheira terletak di Kuala Selangor antara kawasan yang terjejas apabila paras air mula meningkat dan memasuki pusat jagaan ini pada Isnin lalu," katanya pada Sabtu.

Mengulas lanjut, menurut KSSB, selain sumbangan tenaga, mereka turut membeli barangan keperluan baharu seperti tilam, cadar dan menggantikan peralatan yang rosak akibat air lumpur.

Iklan
Operasi membersihkan Pusat Jagaan Wargatua Jasheira melibatkan pelbagai agensi.

Tambahnya, mereka sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan selain dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat musibah banjir.

"Tanpa mengenal situasi yang berlaku, KSSB sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

"Kami berharap agar bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan beban penghuni Pusat Jagaan Wargatua Jasheira,” katanya.

Beberapa kakitangan membersihkan kawasan yang terkesan banjir.
Kakitangan bertugas turut membantu membersihkan kerusi yang terkesan akibat banjir yang melanda kawasan di Kuala Selangor baru-baru ini.