Penculik lepaskan ahli perniagaan selepas dibayar RM20 juta

Iklan
Polis Johor mengesahkan telah menerima laporan berkaitan seorang lelaki warga tempatan dilarikan oleh beberapa individu dengan sebuah kereta. Gambar hiasa

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesahkan telah menerima laporan berkaitan seorang lelaki warga tempatan dilarikan oleh beberapa individu dengan sebuah kereta.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada jam 7.20 malam Ahad lalu.

Iklan
Iklan
Kumar

Bagaimanapun katanya, kejadian berkenaan dilaporkan sejurus mangsa dilepaskan pada hari yang sama.

"Ketika ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara ini.

Iklan

"Oleh itu, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tanpa kesahihannya,” katanya.

Memetik laporan akhbar China Press, seorang lelaki dipercayai ahli perniagaan dilaporkan diculik di hadapan rumahnya ketika menunggu kenderaan e-hailing untuk ke lapangan terbang.

Iklan

Difahamkan, penculik meminta wang tebusan berjumlah RM30 juta bagi melepaskan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, rakannya dikatakan telah memberikan RM20 juta dan lelaki berkenaan dibebaskan dalam keadaan selamat.