Nilai integriti kakitangan awam semakin pudar punca rasuah

Iklan
Nilai integriti yang semakin pudar dalam segelintir kakitangan merupakan punca berlaku rasuah dan salah guna kuasa melibatkan sektor awam di negara ini. Gambar hiasan (Gambar kecil: Hamdan Daniel)

SHAH ALAM - Nilai integriti yang semakin pudar dalam segelintir kakitangan merupakan punca berlaku rasuah dan salah guna kuasa melibatkan sektor awam di negara ini.

Pengerusi Gabungan Rasuah Busters Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib berkata, sikap tidak bertanggungjawab dan kurangnya etika kerja antara penyebab utama berlakunya jenayah tersebut.

Iklan
Iklan

"Kebanyakan nilai suapan kes rasuah bukanlah menjadi perkara pokok tetapi apa yang lebih menjadi persoalan ialah tahap integriti semakin pudar.

"Jika kes rasuah terus berlaku di kalangan mereka berterusan, sukarlah masyarakat kita hendak mendapat perkhidmatan yang sepatutnya.

Iklan

"Ini pentingnya integriti yang perlu dipertingkatkan melalui pendidikan dan latihan berterusan. Pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam amalan rasuah bagi memulihkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kerajaan," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sebelum ini, bekas kakitangan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Daerah Tawau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Tawau, Sabah atas empat pertuduhan menerima suapan keseluruhan berjumlah RM16,000 tiga tahun lalu.

Iklan

Abdul Manan Usman, 60, yang juga pesara kerajaan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Pembantu Operasi N11, di Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Tawau didakwa menerima wang tunai RM5,000 daripada Ramli Bunchoi, 66, tanpa balasan.

Tambah Hamdan Daniel, jika dulu ada peribahasa berbunyi Belanda curi tanah, namun setelah beratus tahun penjajahan negara tersebut berakhir dan Malaysia telah sekian lama merdeka namun ada pula berita pegawai di jabatan tanah yang terpalit dalam urus tadbir.

"Malahan kes seperti ini memberikan kesan negatif kepada mutu perkhidmatan awam. Oleh itu, rasuah perlu ditangani segera agar jenayah itu dapat dibanteras habis-habisan.

"Undang-undang berkaitan rasuah perlu diteliti semula kerajaan supaya dapat mewujudkan stigma bahawa rasuah adalah jenayah yang cukup berat dan jijik.

"Undang-undang sedia ada tidak benar-benar memberi ketakutan kepada masyarakat hinggakan mereka yang didakwa atas kesalahan itu juga langsung tidak menunjukkan rasa malu ketika dihadapkan ke mahkamah," katanya.