Kematian selebriti yang mengejutkan dunia

Iklan
Dari kiri atas; Liam Payne, Whitney Houston dan Paul Walker. Dari kiri bawah; Chadwick Boseman, Amy Winehouse, Michael Jackson dan Robin Williams

KEMATIAN selebriti kebiasaannya mengundang perhatian peminat seluruh dunia apatah lagi jika ia berlaku secara mengejut dan pada usia muda.

Banyak bakat besar di pentas Hollywood seperti Michael Jackson, Amy Winehouse, Paul Walker, Whitney Houston meninggalkan dunia ini secara tragis dan tiba-tiba, sekali gus membuatkan peminat berduka dengan pemergian mereka.

Iklan
Iklan

Terbaharu kematian bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne, 31, turut mengundang kejutan kepada yang meminatinya. Artikel ini meneroka senarai selebriti yang meninggal secara mengejut.

LIAM PAYNE

Iklan

Nama Liam Payne,kembali hangat diperkatakan selepas berita kematiannya dilaporkan oleh media antarabangsa baru-baru ini.

Penyanyi berasal dari England itu dikatakan meninggal dunia selepas terjatuh daripada balkoni Hotel Casasur Palermo di Argentina.

Iklan

Menurut kenyataan saksi iaitu pekerja hotel, anak bongsu daripada tiga beradik itu dikatakan berkelakuan pelik kerana menimbulkan kekacauan di lobi hotel.

Sehingga kini, siasatan kematian penyanyi berusia 31 tahun itu masih dijalankan. Pemergian Payne merupakan satu kehilangan besar buat industri muzik dan peminatnya seluruh dunia.

PAUL WALKER

Dunia hiburan antarabangsa pada 2013 dikejutkan dengan berita kematian pelakon hebat, Paul Walker.

Paul Walker, 40, yang popular menerusi filem Fast & Furios telah terbabit di dalam sebuah kemalangan di Santa Clarita, Los Angeles.

Walker terbunuh selepas Porsche Carrera GT dipandu rakannya, Roger Rodas hilang kawalan sebelum merempuh pokok sebanyak tiga kali dan terbakar pada satu laluan di Santa Clarita, Los Angeles, Amerika Syarikat pada November 2013.

WHITNEY HOUSTON

Pada 2012, dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian Ratu pop legenda dan pelakon, Whitney Houston, 48, yang ditemui mati di hotel di Berverly Hills, Los Angeles.

Penyanyi berbakat itu dipercayai terbabit dalam penggunaan dadah disahkan mati pada jam 3.55 pagi di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton.

Mendiang pernah memenangi enam Anugerah Grammy, termasuk rekod untuk tahun itu bagi lagu I Will Always Love You dan album tahunan bagi The Bodyguard.

Houston berada di Los Angeles bagi majlis Anugerah Grammy yang akan berlangsung pada malam Sabtu waktu tempatan pada Februari 2012.

MICHAEL JACKSON

Michael Jackson, 50 tahun, berita kematian penyanyi terkenal ini pada Jun 2009 mengejutkan seluruh dunia. Michael dilaporkan mengalami serangan jantung akibat dadah jenis propofol dan keracunan benzodiazepin.

AMY WINEHOUSE

Amy Winehouse merupakan salah seorang artis yang meninggal dunia sewaktu kariernya berada di puncak.

Kematiannya pada usia yang sangat muda iaitu pada 27 tahunboleh dianggap sesuatu yang sangat menyayat hati peminat penyanyi yang berbakat besar ini.

Umum mengetahui punca kematian Amy adalah disebabkan keracunan alkohol.

Mendiang ditemui mati dikedamannya di Camden, London pada 23 Julai 2011.

ROBIN WILLIAMS

Pada Ogos 2014, media antarabangsa melaporkan pelakon dan pelawak, Robin Williams ditemui mati di kediamannya di utara California. Mendiang berusia 63 tahun.

Bahagian koroner syerif berkata, pihaknya mengesyaki kematian berpunca akibat asphyxia atau lemas.

Media Amerika Syarikat melaporkan, pelakon veteran itu sedang bergelut dengan masalah kemurungan.

Mendiang yang dianggap salah seorang penghibur paling diminati di Amerika Syarikat, Williams mulai mencipta nama menerusi sitcom televisyen Mork & Mindy.

CHADWICK BOSEMAN

Empat tahun berjuang melawan kanser usus, bintang filem Black Panther, Chadwick Boseman akhirnya tewas apabila menghembuskan nafas terakhir, pada Ogos 2020.

Menerusi laporan AFP, bintang filem berusia 43 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles di sisi isteri dan ahli keluarganya. Berita pemergian Boseman diumumkan keluarga melalui akaun Facebook aktor berkenaan.

Dalam ucapan berkenaan, keluarga Boseman mendedahkan beberapa filem lakonan mendiang yang berjaya memikat penonton termasuklah Marshall, Da 5 Bloods dan Ma Rainy Black Bottom yang menjalani penggambaran ketika mendiang sedang mendapatkan rawatan kimoterapi dan beberapa siri pembedahan.

Namun, Boseman tidak pernah mendedahkan penyakit yang dideritai kepada pengetahuan umum.