Golongan kaya bantu rakyat miskin
Iklan
SHAH ALAM - Belanjawan 2025 disifatkan sebagai satu dasar yang mengambil berat pengagihan kekayaan negara kerana walaupun kumpulan kaya perlu menanggung beberapa perkara termasuk pembayaran cukai dividen tetapi manfaat itu diterima oleh golongan miskin.
Pakar Ekonomi Kolej Universiti i-CATS Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, menerusi belanjawan berkenaan kelompok yang berkemampuan dapat membantu golongan tidak berkemampuan secara tidak langsung.