Fokus trio Liverpool tidak terjejas

Iklan
Dari kiri; Alexander-Arnold, van Dijk dan Salah bakal diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool apabila melayan kunjungan Chelsea di Anfield. Foto Agensi

ARNE Slot percaya fokus Trent Alexander-Arnold tidak akan terjejas meskipun dikaitkan dengan spekulasi dan penghijrahan ke kelab lain.

Kontrak pertahanan Liverpool itu tamat pada musim panas depan dan masih belum menandatangani perjanjian baharu bersama The Reds.

Iklan
Iklan

Minggu ini, terdapat spekulasi di Sepanyol bahawa Real Madrid berhasrat menyambar Alexander-Arnold jika dia tidak menandatangani kontrak baharu di Anfield.

Selain Alexander-Arnold, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk juga akan tamat kontrak masing-masing di akhir musim ini.

Iklan

Namun, Slot percaya trio Liverpool itu tidak hilang fokus walaupun terdapat desas-desus di sekeliling mereka.

"Pemain-pemain ini sudah biasa dikaitkan dengan semua kelab terkemuka setiap hari, sama ada mereka mempunyai kontrak atau tidak.

Iklan

"Jika anda berfikir mereka terganggu dengan spekulasi ini, maka saya rasa anda tidak menghargai betapa kuatnya mentaliti mereka dan apa yang mereka sudah biasa hadapi.

"Lagi pun, setakat ini Trent, Virgil dan Mo bermain dengan sangat baik sekali,” ujar Slot.

Tambah Slot lagi, spekulasi mengenai tiga pemain terpentingnya itu bukanlah satu gangguan baginya.

Liverpool melayan kunjungan Chelsea malam ini (11.30 malam waktu Malaysia) dalam usaha untuk meneruskan permulaan cemerlang musim ini.

The Reds ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mengumpul 18 mata selepas mengharungi enam perlawanan.