PLKN 3.0, kenaikan STR bujang 'hadiah istimewa' belia
Iklan
MELALUI Belanjawan 2025 dalam membugar ekonomi, menjana perubahan dan mensejahterakan rakyat, kerajaan memahami keperluan dan kehendak belia dengan memperuntukkan sebahagian besar dana ke arah inisiatif dan program menyasarkan kemajuan individu muda.
Sebagai contoh Kementerian Pendidikan diberi peruntukan tertinggi dalam sejarah iaitu RM64.1 bilion demi memastikan golongan muda ini dapat mewakili kuasa penggerak di sebalik kemajuan dan pembangunan masyarakat.