Lebih ramai dapat manfaat
Iklan
SHAH ALAM - Lebih ramai rakyat dilihat akan mendapat manfaat melalui Belanjawan 2025 tanpa pengelasan pendapatan berdasarkan kategori berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).
Pakar ekonomi, Dr Muhamad Rias KV Zainuddin berkata, ada sebilangan rakyat sebelum ini tidak layak ataupun hanya menerima sedikit manfaat berikutan pengelasan pendapatan mereka adalah M40.