Inisiatif menarik galak wanita kembali bekerja
Iklan
SHAH ALAM - Perhatian kerajaan dalam terus menggalakkan wanita kembali bekerja membuktikan peranan penting golongan tersebut dalam agenda pembangunan ekonomi negara.
Timbalan Dekan (Pembangunan) Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya, Dr Goh Lim Thye berkata, agenda memperkasa wanita dalam pasaran kerja itu perlu diperkuat dengan sokongan dan peluang yang sesuai.