Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan

Iklan
Berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios berpunca daripada kemalangan jalan raya di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengutakuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan terbabit pada jam 9.24 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, seorang lelaki berusia 28 tahun memandu kenderaan Toyota Corolla Altis telah melanggar pembahagi jalan antara susur lebuh raya menghala ke Petaling Jaya sehingga menyebabkan kenderaan terbabit terbakar keseluruhan

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur manakala penumpang lelaki berusia 24 tahun yang mengalami kecederaan di kepala telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sohirol Rizal Madon berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.28 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai sembilan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sohirol Rizal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Iklan

"Kebakaran dianggarkan 100 peratus. Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan itu, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Seorang lagi lelaki berusia 24 tahun mengalami cedera ringan telah dihantar ke PPUM untuk rawatan lanjut, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.40 pagi," katanya.

Iklan