OLIMPIAN negara, Tan Rouxin, menjadi perenang pertama berjaya menyumbang pingat buat Malaysia dalam tempoh 35 tahun dalam Piala Dunia Renang Akuatik 2024 di Shanghai, China, pada Sabtu.
Dia yang mengambil bahagian dalam acara jarak dekat iaitu 400 meter individu berhasil membawa pulang pingat gangsa selepas mencatatkan 4:33.27s di belakang Nikoleta Trnikova (perak) dan Mary-Sophie Harvey (emas).