Polis cekup empat lelaki disyaki menyamun

Iklan
Antara suspek yang ditahan disyaki menyamun berkumpulan. - Foto IPD Pontian

PONTIAN - Tidak sampai 24 jam, empat lelaki termasuk remaja yang menyamun di Kampung Serkat, Permas di sini, ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, kesemua lelaki warga tempatan itu ditahan dalam empat serbuan berasingan di sekitar kawasan Pontian dan Pekan Nanas.

Iklan
Iklan

"Pada Jumaat, polis daerah Pontian mengesahkan telah menerima satu laporan polis mengenai kejadian samun berkumpulan tersebut pada Jumaat.

"Sejurus maklumat diterima, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah Pontian telah menahan empat lelaki berusia 15 hingga 19 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden samun berkumpulan tersebut bersama rampasan,” katanya.

Iklan

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

Tambahnya, polis meminta masyarakat agar terus memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat mengenai apa-apa aktiviti jenayah yang berlaku di daerah Pontian.

Iklan

"Segala maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di talian 07-6869999," katanya.