Inter Miami dapat slot Piala Dunia Kelab 2025

Iklan
Lionel Messi dijangka perkuatkan cabaran Inter Miami di Piala Dunia Kelab 2025. Foto AFP

KELAB Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Inter Miami mendapat slot Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2025.

Kelab yang mempertaruhkan khidmat Lionel Messi itu akan menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan kejuaraan 32 pasukan yang menampilkan kelab-kelab berprestasi tinggi dari seluruh dunia.

Iklan
Iklan

Miami, yang memenangi Perisai Penyokong MLS pertama bulan ini, adalah pasukan kedua terakhir diselitkan ke temasya yang menyingkap tirai di sekitar Amerika Syarikat dari 15 Jun hingga 13 Julai tahun depan.

"Tahniah atas kejayaan hebat Perisai Penyokong 2024 anda. Anda telah menunjukkan bahawa di Amerika Syarikat, anda secara konsisten adalah kelab terbaik dalam bidang permainan.

Iklan

Amerika Syarikat sentiasa bersedia untuk mempunyai kelab tuan rumah dalam temasya itu, tetapi daripada memberikan tempat kepada pemenang perlawanan akhir Piala MLS 7 Disember depan, FIFA menentukan pemenang Perisai Penyokong mengiktiraf prestasi konsisten sepanjang musim 34 perlawanan.

FIFA mengumumkan penambahan Miami ke Piala Dunia Kelab selepas kelab itu memecahkan rekod mata musim biasa MLS dengan kemenangan 6-2 ke atas New England Revolution untuk 74 mata.

Iklan

Sebagai rekod, New England telah mencipta rekod sebelumnya dengan 73 mata pada pada 2021.

Pasukan Piala Dunia Kelab terakhir akan diberikan kepada pemenang perlawanan akhir CONMEBOL Libertadores di Buenos Aires pada 30 November depan.

Sebagai rekod, Seattle Sounders adalah satu-satunya pasukan MLS dalam Piala Dunia Kelab selepas menewaskan pasukan Mexico, Pumas pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara CONCACAF 2022.