Projek ERCL di Kelantan dahului jajaran di dua negeri

Iklan
Nik Soh menunjukkan kemajuan pembinaan ECRL di Kelantan sehingga September sudah mencapai 83.27 peratus sekali gus lebih awal daripada jadual asal. Foto: Sinar Harian

KOTA BHARU - Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan telah mendahului kerja-kerja pembinaan di dua negeri iaitu Terengganu dan Pahang.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri, Ir Nik Soh Yaacoub berkata, sehingga September lalu kemajuan pembinaan sudah mencapai 83.27 peratus sekali gus lebih awal daripada jadual asal.

Iklan
Iklan

"Pembinaan ini melibatkan jarak sepanjang 87.72 kilometer dengan dua stesen iaitu di Tunjong, Kota Bharu dan Cherang Tuli, Pasir Puteh.

"Stesen Cherang Tuli (Pasir Puteh) melibatkan penumpang dan kargo manakala Tunjong (Kota Bharu) penumpang sahaja," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.

Pembinaan ECRL di Kelantan telah mendahului kerja-kerja pembinaan di dua negeri iaitu Terengganu dan Pahang. Foto: UPKN

Iklan

Sebelum itu beliau mengadakan Lawatan Teknikal ke Projek ECRL di Tunjong di sini.

Ujarnya, bagaimanpun pembinaan stesen di Cherang Tuli mengalami sedikit kelewatan.

Iklan

Ir Nik Soh memberitahu, secara keseluruhan pembinaan mendahului jadual.

"Untuk MTL (Monsun Timur Laut) kerja-kerja akan berjalan seperti biasa dan para pekerja sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi tersebut," katanya.

Projek ECRL sepanjang 665km dijadualkan siap dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak, Selangor pada Disember 2026, dan akan mula beroperasi pada Januari 2027.

Penyiapan sepenuhnya yang melibatkan sambungan rel dari Gombak ke Port Klang dijangka siap setahun kemudian pada Disember 2027.