DBKL sita barangan penjaja buah

Iklan
Dua tindakan sita diambil terhadap barangan perniagaan penjaja buah-buahan di sekitar Jalan 6/3A, Bandar Utara Pasar Borong, Batu di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil dua tindakan sita terhadap barangan perniagaan penjaja buah-buahan di sekitar Jalan 6/3A, Bandar Utara Pasar Borong, Batu di sini.

Menurut DBKL dalam satu hantaran di laman Facebooknya, operasi tindakan khas itu dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Batu.

Operasi tindakan khas ini dijalankan melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Batu.

Iklan
Iklan

"Hasil daripada tindakan dijalankan, sebanyak dua tindakan sita serta-merta telah dilaksanakan terhadap barangan perniagaan penjaja buah-buahan di bawah UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2016.

"Kesemua barangan yang disita dan dipindah halangan telah dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi," ujarnya.

Kesemua barangan yang disita dan dipindah halangan telah dibawa ke stor sitaan Jalan Lombong,

Iklan

Dalam pada itu, DBKL juga akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan https://adukl.dbkl.gov.my/.

Iklan