Kerja baiki paip bocor IWK lancar, tiada mendapan baharu dikenal pasti

Iklan
IWK sedang giat menjalankan kerja pembaikan paip bocor di Taman Sri Nibong.

GEORGE TOWN - Kerja membaiki paip bocor milik Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak di sini berjalan lancar tanpa masalah baharu dikenal pasti.

Kerja-kerja tersebut mula dijalankan oleh IWK sejak jam 10 malam, 19 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Akibat daripada kebocoran pada paip itu, berlaku lubang benam yang berkeluasan 10 meter dengan 10 meter dalam di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Fahmi Zainol berkata, semua kerja pembaikan berjalan seperti yang dirancang.

Iklan

Menurutnya, tiada mendapan atau rekahan baharu sepanjang kerja pembaikan itu dijalankan.

"Kerja di lokasi masih dijalankan dan berjalan lancar. Tiada masalah lain seperti rekahan atau mendapan baharu dikenal pasti.

Iklan

"Kerja pembaikan dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh yang disasarkan iaitu seminggu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Kebocoran paip IWK menyebabkan berlaku lubang benam.

Pada Rabu lalu, kebocoran paip IWK dipercayai punca kepada berlakunya lubang benam di Taman Sri Nibong, Pantai Jerejak.

Hasil penelitian dan siasatan awal mendapati insiden itu berpunca daripada kebocoran paip di bawah tanah hingga menyebabkan pasir terhakis.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada mendapan atau rekahan baharu dikenal pasti berlaku di kawasan berdekatan dengan lokasi kejadian.

Sehingga kini, hanya kawasan berlaku lubang benam sahaja disahkan tidak selamat dan telah ditutup untuk kegunaan orang awam.

Sementara itu, IWK dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan membaiki paip yang terjejas dan dijangka selesai dalam tempoh empat hingga tujuh hari.