PATI tunggu bas dicekup PGA

Iklan
Empat warga Myanmar yang ditahan di Stesen Bas Tasek Raja, Pasir Mas pada Sabtu.

PASIR MAS - Hasrat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk menaiki bas selepas masuk ke negara ini melalui laluan tikus tidak kesampaian apabila mereka dicekup Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di Stesen Bas Tasek Raja di sini pada Sabtu.

Serbuan menerusi Op Taring Wawasan pada jam 11.30 malam itu berjaya menahan empat warga Myanmar.

Iklan
Iklan

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas semua suspek mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

"PATI tersebut dipercayai diseludup masuk ke Malaysia melalui Thailand. Suspek ditahan bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Iklan

"Mereka diserahkan ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Ahad.

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara.

Iklan