Berpeluang melihat gajah

Iklan
PENGUNJUNG berpeluang melihat dengan lebih dekat tiga ekor gajah yang dibawa dari Kampung Budaya Gajah Kenyir (KECV) menerusi KT Safari Park 2024 di Kuala Ibai.

Menerusi Belanjawan MADANI 2025, kerajaan memperuntukkan hampir RM550 juta bagi mempergiat promosi dan aktiviti pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu termasuk sejumlah RM110 juta disediakan bagi melengkapkan kawasan pelancongan, menjalin kerjasama ekopelancongan dan menyokong pencalonan UNESCO (Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu).