KAHERAH - Liga Arab menegaskan kerajaan Lubnan adalah satu-satunya badan yang diberi kuasa untuk berunding bagi pihak negara, dengan tujuan mencapai gencatan senjata segera dan melaksanakan sepenuhnya Resolusi 1701, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Dalam kenyataan pada Sabtu, Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit menyatakan sokongan penuhnya terhadap pendirian yang disuarakan oleh Perdana Menteri Sementara Lubnan, Najib Mikati, mengenai perkara itu.
Iklan
Iklan
Beliau menekankan bahawa pendirian Liga Arab adalah jelas, seperti yang dinyatakan dalam semua resolusinya, yang menegaskan kedaulatan penuh Lubnan dalam membuat keputusan pentingnya.
"Tidak ada ruang untuk mana-mana pihak mengenakan penjagaan, memberi tekanan atau mengatasi kedaulatan Lubnan."
Beliau menyatakan,"Kami memberikan sokongan sepenuhnya kepada Lubnan dalam hal ini," sambil menekankan kepentingan untuk menyokong kedaulatannya secara nyata.
"Memandangkan cabaran semasa negara ini, ungkapan simpati semata-mata tidak mencukupi. Tindakan konkrit adalah penting untuk mengurangkan penderitaan rakyat Lubnan, yang tidak seharusnya dieksploitasi untuk kepentingan politik," tegasnya. -Bernama-WAM
Artikel Berkaitan