Muda Fest simbolik generasi muda bangkit tolak politik usang

Iklan
Logo yang diperkenalkan semasa Muda Fest.
SHAH ALAM - Muda Fest merupakan simbolik bagi generasi muda yang bangkit menolak politik usang dan bersedia memperjuangkan perubahan nyata terhadap rakyat Malaysia.

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkata, ia membuktikan bahawa mereka bukan politik biasa namun ia menyatukan anak muda berani menentang arus.

Menurutnya, festival tersebut sebagai sebuah platform inklusif untuk membina satu politik yang disruptif di Malaysia.

"Festival ini mengangkat dan meraikan semangat para ahli Muda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk usahawan muda, pembuat dasar, aktivis badan bukan kerajaan (NGO), yayasan sosial, bekas pegawai kementerian, ahli badan pemikir dan penyelidik.

"Ia juga menggalakkan penyertaan NGO, gerakan anak muda, kolektif aktivis dan persatuan mahasiswa,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

"Dari krisis itu, Muda bangkit sebagai gerakan disruptif dalam politik tanah air,” ujarnya.

Sementara itu, Muda memperkenalkan penjenamaan semula logo parti itu semasa festival yang berlangsung pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, Huruf ‘D’ disertakan dengan tiga garis melambangkan proses demokratik dan hak rakyat untuk memilih.

"Ini merupakan komitmen Muda terhadap hak setiap warganegara menyuarakan pandangan dan memainkan peranan dalam proses politik negara.

"Warna kuning pula melambangkan harapan yang tidak padam manakala warna hitam mencerminkan kekuatan Muda dalam menghadapi cabaran serta rintangan,” jelasnya.