BANGALORE - INDIA. India bercadang menghantar angkasawan wanita ke angkasa lepas pada penghujung 2021.
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (Isro) berkata, misi angkasa yang digelar Projek Gaganyaan itu bakal menjadikan India sebagai negara keempat di dunia menghantar manusia ke angkasa menggunakan roket sendiri.
Iklan
Iklan
Ketua Isro, K Sivan berkata latihan awal bagi misi itu akan dijalankan di India dan latihan susulan mungkin dijalankan di Rusia.
"Matlamat utama kami adalah menghantar angkasawan wanita ke angkasa lepas," katanya hari ini.
Projek Gaganyaan diumumkan Perdana Menteri, Narendra Modi pada tahun lepas.
Menurut Modi, misi itu perlu direalisasikan menjelang 2022 sebagai meraikan Hari Kemerdekaan India ke-75. - Agensi