'Tak banyak bukan bermaksud tak ada, rasuah tetap rasuah’ - Mohd Syahir

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Mohd Syahir

SHAH ALAM - Kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memberi perhatian lebih terhadap tender projek melibatkan industri petroleum dan gas untuk mengelakkan ia jatuh ke tangan golongan yang terlibat dengan rasuah.

Ahli Majlis Tertinggi Rasuah Busters Kedah, Mohd Syahir Ismail berkata, walaupun kes melibatkan industri itu kurang mendapat perhatian orang ramai tetapi bukan bermaksud jenayah tersebut tidak berlaku.

Iklan
Iklan

"Kita tahu industri ini melibatkan dana besar, jadi saya risau adakah projek sedang dilaksanakan itu jatuh ke tangan pihak yang terlibat dengan rasuah ataupun tidak.

"Suapan yang berlaku dalam industri berkenaan mungkin akan melibatkan jumlah besar. Jika tidak dicegah akan merugikan pendapatan negara dan hasil diperolehi akan kurang berkualiti serta tidak bermutu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai seorang bekas eksekutif kanan sebuah syarikat petroleum dan gas ditahan selepas disyaki menerima rasuah RM370,000 sebagai balasan mendapatkan kontrak untuk melantik konsultan bagi syarikat tersebut pada Isnin.

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Syahir memaklumkan, pihak bertanggungjawab harus cuba sedaya upaya untuk memberi perhatian yang lebih kepada sektor terbabit agar jenayah rasuah boleh dibanteras habis-habisan.

"Peluang untuk hapuskan jenayah tersebut boleh diselesaikan jika semua pihak kerjasama antara satu sama lain dalam usaha banteras isu rasuah di kalangan pemain industri sektor berkenaan.

"Kerajaan dan agensi terlibat termasuk SPRM kena laksanakan kempen dengan kerap mengenai ilmu kefahaman tentang jenayah ini.

"Berkaitan dengan sektor terbabit pula, kena maklumkan apa yang boleh dan tidak boleh dibuat sebagai pegawai mengendalikan projek. Kalau buat juga jenayah jijik itu, hukuman perlu setimpal dengan kesalahan dilakukan.

"Mungkin juga boleh tingkatkan tempoh hukuman penjara, denda lebih besar sesuai dengan jumlah rasuah yang dibuat dan hukuman menginsafkan,” jelasnya.