Belanjawan 2025 mesra warga emas bagi menghadapi negara menua - Noraini

Iklan
Noraini (tiga, kiri) menyampaikan notis Anti Gangguan Keganasan Seksual kepada wakil institut pengajian tinggi yang menyertai Program Toleransi Sifar Keganasan@Advokasi Anti Gangguan Keganasan Seksual Zon Selatan di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi Pagoh pada Ahad. Foto Bernama

MUAR - Belanjawan 2025 yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lepas dilihat lebih mesra warga emas, sebagai persiapan ke arah menghadapi negara menua pada 2030, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata, peruntukan RM3.64 bilion untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam belanjawan berkenaan, membolehkan banyak program kepada warga emas dilaksanakan termasuk berkaitan aktiviti sosioekonomi dan penambahbaikan pusat aktiviti warga emas (PAWE).

Iklan
Iklan

"Belanjawan 2025 juga mesra kepada orang kurang upaya (OKU), dengan pertambahan peruntukan yang diharap membantu golongan itu meneruskan kehidupan selain peruntukan kepada Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS),” katanya selepas merasmikan Program Toleransi Sifar Keganasan@Advokasi Antigangguan Keganasan Seksual Zon Selatan di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Tinggi, Pagoh di sini pada Ahad.

Berkaitan program hari ini, Noraini berkata, inisiatif berkenaan usaha KPWKM dalam menangani gangguan seksual di institusi pengajian tinggi (IPT), dengan golongan pelajar bakal digerakkan sebagai ejen dalam komuniti bagi membanteras jenayaah itu.

Iklan

"Antara pengisian program kali ini ialah slot Advokasi Antigangguan Seksual oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kenali Tribunal Antigangguan Seksual oleh Tribunal Bagi Antigangguan Seksual (TAGS) dan ceramah Jauhi Buli Siber oleh Cybersecurity Malaysia.

"Turut berlangsung Bual Bicara Bersama YB Timbalan Menteri KPWKM dan acara menandatangani mural yang merupakan simbolik kepada komitmen dan sokongan semua pihak dalam menangani gangguan seksual,” katanya.

Iklan

Noraini berkata, program ini juga memberikan pendedahan pengoperasian TAGS dan menyebarluaskan pemakaian garis panduan serta notis antigangguan seksual kepada semua lapisan masyarakat. - Bernama