Lelaki tular rosakkan penutup lampu isyarat ditahan

Iklan
Polis menahan seorang lelaki selepas didapati merosakkan penutup lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam pada Ahad.

PORT DICKSON - Polis menahan seorang lelaki selepas didapati merosakkan penutup lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam di sini pada Ahad.

Sebelum itu, perbuatan lelaki berusia 39 tahun berkenaan tular dalam satu rakaman video berdurasi 33 saat di laman sosial Facebook.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian berlaku pada jam 2.15 petang Ahad.

Menurutnya, bertindak atas maklumat pada hari sama polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson telah membuat tangkapan ke atas suspek pada jam 4.45 petang.

Iklan

"Suspek ditahan di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview Port Dickson.

"Hasil semakan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Tambah beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan pihak polis telah merampas senjata, kenderaan dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata berbahaya (ABKLSB) 1958.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk proses tahan reman.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan isu ini yang mana boleh mendatangkan kegusaran terhadap orang awam yang lain," katanya.