Bot Regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS

Iklan
JBPM Sarawak antara 12 agensi yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa bot regata yang karam di Sungai Sarawak. Foto Bernama Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 4.20 petang. Insiden tersebut melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata dan 10 individu berjaya menyelamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang. Kesemua yang hilang ialah Mohamad Ikhmal Sama'ail, Majurie Maharuf, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, Mohamad Khairul Bidin dan Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, berusia lingkungan 22 hingga 35 tahun. Foto Bernama

KUCHING - Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.

Pengarah UKPS, Datuk Dr Chai Khin Chung berkata, bot berkenaan adalah perahu milik seorang daripada penduduk kampung yang dipinjamkan kepada peserta agensi itu bagi membolehkan mereka menjalani latihan.

Iklan
Iklan

"Bot itu dalam keadaan baik dan sudah banyak kali mereka lakukan latihan regata (menggunakan bot itu) tetapi punca bagi peristiwa ini masih dalam siasatan pihak berwajib...hingga kini masih belum dijumpai dan UKPS dah buat laporan polis. Jadi tunggu hasil siasatan mereka.

"Kemungkinan untuk perahu itu dijumpai tetap ada kerana sekurang-kurangnya kita nak pulangkan semula perahu yang kita pinjam itu kepada tuannya,” katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak, hari ini.

Iklan

Khin Chung berkata, pihaknya akan menghulurkan sumbangan kepada semua keluarga mangsa yang terlibat menerusi dana daripada Kelab Kebajikan UKPS, selain menerima bantuan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Beliau berkata, berkata sumbangan tambahan akan dipertimbangkan setelah mendapat nasihat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Iklan

Ditanya sama ada UKPS akan menyertai Festival Regata Sarawak-Kuching Waterfront 2024 pada 1 hingga 3 November ini, beliau memaklumkan perkara itu akan diputuskan kelak oleh pihak atasan.

"Kemungkinan untuk tarik diri ....ia akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat nasihat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,” katanya.

Mayat kelima-lima mangsa yang terlibat dalam insiden bot regata karam semasa sesi latihan di Sungai Sarawak berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa pada Jumaat lepas telah ditemukan pagi tadi.

Bot berkenaan dilaporkan karam susulan gelombang pergerakan sebuah bot nelayan yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan dikenali sebagai Mohamad Ikhmal Sama'ail, 34; Majurie Maharuf, 32; Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26; Muhammad Khairul Hisyam Kasturi, 23; dan Mohamad Khairul Bidin, 26. - Bernama